Da Singgah? Da Baca? Rajin Ke? X Rajin Ke? Kena Jugak Klik...Ngeeee

Klik Kat Bwh Utk Shopping Brg Baby

Wednesday, August 1, 2012

cakap sket2 je pada hari rabu = bila sy jadi engineer

dulu sy x pernah idam nak jadi engineer...ingat nak jadi wartawan..hehe cam best jer...tp x dapat la..form 4 je da masuk sekolah teknik..dari sekolah sampai ke U amek mechanical engineering...

tetiba minat bertukar ke arah engineering....niat nak jadi wartawan 2 da tolak tepi

bila da abes belajar keje pun dalam bidang yg sama..fabrication onshore & offshore. banyak piping jugak la..structure pun ade...keje sy ni banyak pada teknikal part..tp pengalaman x banyak lagi..banyak lagi nak kena belajar. bila kena jaga projek ni..makin banyak dapat belajar..seriously on paper ngan kat site memang x sama..bila g site lagi banyak rupenye dapat belajar...

sebut perkataan banyak lagi nk kena belajar..memang banyak sesangat sampaikan sy kekadang blur bila orang bawah sy tanya nk kena wat pe ni bos! alahai...xtau nk jawap ape...mesti diaorang bisik2 tu..engineer ape la die ni? tau ke xtau manage projek ni? heeeeee....gurlp!!!

sy perlukan pengalaman lebih lagi..insyaallah one day! sape tau kn? " die la d best project engineer kat sini" masa 2 sy leh jawap ape je orang tanya..client pn akan yakin dengan sy nanti...haaaaaaa xmo bangga2...kekeke sempat lagi memperasankan diri

usaha 2 tangga kejayaan!!

bila masuk bidang ni..kekadang 2 kesian sangat kat chekgu..nak2 bila time sy bz. sumenye jadi x terurus..diri sy pn x terurus ni kan nk urus chekgu...kesian kn? kadang2 terpikir jugak kalu ade anak dapat ke sy manage dengan baik...Ya Allah swt bantula sy...doa 2 penting!

nk cakap sket je kn? nape le meleret lak ni...okey da sila stop! jumpa lagi di entry lain...assalamualaikum..


Sunday, July 29, 2012

bila isteri merajuk

ape akan jadi kalau isteri merajuk? ape yg suami kena wat?
isteri kalau merajuk..ade yg x nak wat keje umah, x nak cakap dengan husband, anak2 dibiarkan dan macam-macam lagi la...
cuba tanya..anda berada di golongan yg mane?
kalau sy...sy memang akan diamkan diri seketika...dan sy mahu diri sy dipujuk lebih2 lagi oleh suami...

ape sebenarnye yg isteri nak bile die merajuk....ape yg suami mesti wat?


1. Pertama sekali, kita mesti terus mengingatkan nasihat dari Allah dalam Surah An-Nisa' ayat: 19, yang bermaksud: 

" ...... Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka (disebabkan tingkahlakunya) janganlah kamu terburu-buru (menceraikannya), kerana boleh jadi kamu benci sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu)." 


Adalah hikmahnya pada hari itu yang Allah takdirkan berlakunya merajuk oleh isteri kita tu. Kita tidak mampu menjangkau ilmuNYA. Kemungkinan jika isteri itu tidak merajuk, maka kita terus ke gimnasium dan di sana mungkin kita terkena bala atau musibah yang kita sendiri tidak mampu memikulnya. 


2. Sebaik-baiknya, kita biarkan dia melepaskan rajuknya itu mengikut kepuasannya. Biasanya mereka lebih sabar dari kita. Banyak perkara-perkara yang menyinggung hatinya(terasa hati) yang kita buat sebelum ini, mereka tidak marah. Mereka mengalah dan simpan. Kita pula jenis yang tidak sedar kesilapan yang kita telah buat. Malah ada dikalangan kita yang tiada perasaan pun. Isteri kita itu sabar dan menyimpan semua peristiwa-peristiwa itu dalam "hardisk" mereka. Tetapi apabila hardisk itu dah penuh, maka masanya akan tiba juga untuk depa(mereka) semburkan(lepaskan/keluarkan) kesemua 'files' kepada kita. Proses semburan ni pun tidak lama. Paling tinggi 10 minit. Lepas tu depa akan berlari masuk ke dalam bilik dan membasahi bantal(menangis) dan tidak mahu bercakap dengan kita. Dari sudut fisiologinya, depa sudah "lega"(puas) lah tu. 


3. Kita pula mestilah mengalah sikit. Jika merajuknya itu berpunca dari kes yang berat-berat, maka tunggulah besok barulah kita cuba-cuba pujuk dia. Jangan malam itu juga cuba mahu pujuk, nanti tidak pasal-pasal(tidak semena-mena) kena 'sesiku sulongnya' di dagu kita(kena pukulan isteri). Biarkan besok barulah cuba-cuba. Jika tidak menjadi, cuba lagi dengan strategi lain. Tetapi jangan putus asa. Dan jangan pula ego tidak mahu pujuk dia. 


4. Bila isteri kita itu sudah mula kelihatan hendak "mengorat/tackle" kita kembali, maka cuba kita jadikan ia sesuatu yang positif. Dia akan segan-segan silu(malu) meminta sesuatu dari kita. Kadang-kadang dia menggunakan anak kita sebagai posmen. Inilah masa yang amat indah bagi pasangan yang sudah berkahwin bertahun-tahun. Peristiwa isteri mula nak mengorat selepas merajuk ni, laksana kita mula-mula bercinta dulu. rasa cinta akan menyegar kembali. Senyum-senyumlah padanya jika dia mula hendak mengorak/memberi senyum. Sentuh-sentuhlah dia apabila dia buat-buat(sengaja) terlanggar kita. Lupakan kata-kata kesatnya 2-3 hari yang lepas semasa dia "tidak siuman" itu. Lafazkan kata cinta padanya. 


5. Tapi awas ya, jangan biarkan lama sangat rajuknya itu. Jangka waktu seminggu adalah paling maksimum. Selepas dari itu, kita kena rujuk Surah An-Nisa' ayat 34, untuk tindakan kita selanjutnya: 

"Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka. Sebab itu maka wanita yang soleh, ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tiada, oleh kerana Allah telah memelihara (mereka). Wanita-wanita yang kamu khuatirkan(bimbang) nusyuz, maka nasihatilah mereka dan (jika mereka berdegil)pisahkan mereka dari tempat tidur dan (kalau mereka masih berdegil) pukullah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar."


6. Jangan pula kita berdoa agar dia merajuk hari ini. Minta dari Allah untuk hindarkan perkara-perkara yang memberatkan kita dengan doa setiap kali kita bertemu dengan isteri kita: 


" Ya Allah. Aku memohon kepadaMu kebaikan dari isteriku dan kebaikan fitrah tabiat yang telah Engkau tentukan, dan aku juga berlindung kepadaMu dari keburukan isteriku serta keburukan fitrah tabiatnya yang telah Engkau tentukan". 


What u give.. u get it back.. What goes around comes around...



note : sumber ukhwah

jatuh ati dengan firdaus hazadi!

sy memang jatuh hati la dengan firdaus hazadi..sungguh tertarik dengan budi pekerti die...aduhaiiii...

ni sume sebab drama maafkan aku kat tv3..drama ni memang banyak la pengajarannye..bagi 4 bintang okey?? cite die not bad la...kisah firdaus yg ditangkap kerana dituduh mencuri di madrasah murafah tempat die belajar. padahal die dianayai oleh zarul (zahiril adzim) dan dihukum tanpa usul periksa. family die pun x caye kat die jugak kecuali mak dan adik perempuannya...

masa 2 die kecewa amat la sangat dengan tindakan family die..pas 2 die pun lari dari umah. akhirnya, die betul-betul mencuri. satu hari 2, die mencuri purse kepunyaan marya quraisya (nora danish) dan dari situ die nampak gambar zarul dan marya kat dalam 2. die pun ape lagi dengan niat tak baik, die gi la umah si marya ni untuk balas dendam sebab kebetulannye die tau yang si zarul ni ade hubungan dengan pempuan lain.

tapi bila sampai kat umah 2...die berkenalan dengan haji habsyi. kat sini la sumenye berubah apabila die mula mengajar cucu haji habsyi, husnatul amira mengaji. die mula menyesal dengan ape yg die wat...siap kumpul duit dan pulangkan balik purse2 yg die curi...sweet kn? de lagi x orang gitu?

sape yg x tengok lagi 2 leh la tengok..ne tau jatuh ati jugak...kalu x dekat firdaus pun mestila kat marya kn...heeeee



ni la die orangnye yg jadi ustaz firdaus 2



Friday, July 27, 2012

kisah cintan cintun chekgu n sy part III

ok kite bersambung lg di episod seterusnya....

berbalik pada sy jumpa chekgu kat bengkel 2....memang masa 2 sy terkejut sesangat sebab sy memang x pernah nampak chekgu lagi sejak sem baru bermula. sy ingat chekgu da abes belajar. jodoh pertemuan kan hanya Allah swt yg tau...

skang kite ke scene yg lain pulak..

sejak dari cuti sem sebelum 2 lagi hubungan sy n bf da mula bermasalah...sy bukan x sayang die tapi x taula nape hubungan kami ade pasang surutnye..seperti die x tegas dengan sy dengan kedegilan sy...akhirnye hubungan kami putus jugak...sy redha

selepas putus 2..sy pulak dilanda penyakit yg sy x tau puncanye dari mane..mata sy yg sedia kuyu ni makin kuyu macam nak tertutup...sy usha g klinik...g hospital mata tun hussein onn tp doktor kata 2 macam bukan penyakit saraf mata n diaorg perlu lakukan ujian untuk ketahui penyakit sy. aduhhh takutnye sy...berdebarnye sy masa 2...

sy cuba pulak ke pusat rawatan universiti sy.ujian demi ujian dilakukan. doktor kenal pasti penyakit sy 2 ialah penyakit tiroid (serta merta teringatkan abah sbb abah pn ade penyakit tiroid jugak). sy kena makan ubat tiap2 hari untuk stabilkan hormon tiroid (da la 4 biji nasib baik kecik je ubat 2) n kena amek darah tiap2 bulan untuk cek penyakit tiroid 2 (sampai da lali dengan jarum)

tiap x selepas jumpa doktor mesti sy terpikir nk cari chekgu untuk mintak maaf...tp sy xtau kat mane nk cari chekgu. usha punya usha rupenye chekgu ni berkawan rapat dengan salah seorang budak pempuan kelas sy...alhamdulillah sy berjaya dapatkan nombor chekgu. sy kol chekgu n mintak maaf atas kesilapan yg sy lakukan...bermula dari situ la kami berkawan...

                                                                                                               bersambung d episod seterusnya...





Thursday, July 26, 2012

sudah masanya



KELEBIHAN DAN CARA MENCAPAI KESEMPURNAAN PUASA

Kelebihan Bulan Ramadhan.


Bulan Ramadhan adalah bulan yang sangat tinggi darjat dan besar martabatnya di sisi Allah s.w.t. dan RasulNya, ia juga penghulu segala bulan.
Di antara kelebihan dan keistimewaan bulan Ramadhan itu Allah s.w.t telah menurunkan kitab suciNya (Al-Quran) yang menjadi petunjuk pada manusia. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:


"(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan kitab sucinya (Al-Quran) yang menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk, dan (menjelaskan) perbezaan yang benar dengan yang salah." Surah Al-Baqarah : 185.


Di pilih di antara malam-malam bulan Ramadhan itu suatu malam Lailatulqadar yang mana ia jauh lebih baik daripada seribu bulan. Seribu bulan itu kira-kira 83 tahun.. Menurut ulama Lailatulqadar itu jatuh pada salah satu malam sepuluh yang terakhir daripada bulan Ramadhan. Diingatkan bahawa jangan disia-siakan malam-malam di bulan Ramadhan dengan perkara-perkara tidak berfaedah, bahkan hendaklah diisi dengan amal ibadat sebagai saham dan bekalan di dunia dan akhirat.


Kelebihan Puasa di Bulan Ramadhan.


Apabila membincangkan mengenai bulan Ramadhan, dengan sendirinya ia mempunyai hubungan dengan kewajipan puasa yang disyariatkan didalamnya. Suatu kewajipan yang tidak boleh ditinggalkan. Meninggalkan atau sengaja tidak menunaikan kewajipan puasa, bukan sahaja suatu dosa besar bahkan ia tidak boleh ditebus dalam apa jua cara. Tidak boleh ditukar ganti, sekalipun orang yang meninggalkannya berpuasa seumur hidup. Ini jelas sebagaimana sambda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud:


"Sesiapa berbuka satu hari pada bulan Ramadhan tanpa ada rukhshah (keringanan) dan tidak juga kerana sakit, dia tidak akan dapat melunas (mengganti) puasa yang ditinggalkannya itu, sekalipun dia berpuasa seumur hidup."


Hadis riwayat Tirmidzi, Abu Daud, Nasa'i, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah


Menuju Kesempurnaan Ibadah Puasa


Imam Al-Ghazali telah menggariskan kewajipan-kewajipan batiniyah puasa itu, antara lain seperti berikut:

  • Memejamkan mata dan menahannya daripada meluaskan pemandangan kepada segala perkara yang tercela dan dibenci oleh agama dan juga kepada segala sesuatu yang boleh mengganggu hati, serta melalaikannya daripada mengingati Allah s.w.t.
  • Memelihara lidah daripada bercakap-cakap yang kosong, bohong, mengumpat, membuat fitnah, bercakap kotor, menimbulkan permusuhan dan mengucapkan kata-kata ria'.
  • Memelihara pendengaran daripada mendengar hal-hal yang dilarang dan dibenci, sebab setiap yang haram diucapkan, haram pula didengarkan. Dan kerana itu jugalah, Allah s.w.t. telah menyamakan pendengaran kepada sesuatu semacam itu dengan memakan barang-barang yang diharamkan, sebagaimana dalam firman-Nya yang bermaksud: "Mereka sangat suka mendengar perkara yang bohong dan memakan barang yang haram."(Surah Al-Maidah:42)
  • Memelihara seluruh anggota tubuh badan yang lain daripada membuat dosa, dan memeliharanya juga daripada segala yang dibenci. Demikian pula menahan perut daripada makan makanan syubhah waktu berbuka puasa. Kerana apalah gunanya berpuasa daripada memakan makanan yang halal, kemudian bila berbuka pula, dia memakan makanan yang haram.
  • Janganlah membanyakkan makan waktu berbuka puasa, sekalipun daripada makanan yang halal, sehingga perutnya terlampau kenyang, kerana tidak ada bekas yang paling dibenci Allah s.w.t. daripada perut yang penuh dengan makanan yang halal.

note : sumber dari al-azim





Wednesday, July 25, 2012

Review solemnization

bersambung dari entry baju akad nikah 2 sy nak cite pasal solemnization pulak...akad nikah la senang cite. mesti orang nak tau kan bila sy mula berkapel2 lan dengan chekgu...sy mula rapat dengan chekgu pada 120209 berkawan lebih kurang 2 tahun 3bulan 26hari dan kemudian ikat tali pertunangan pada 070611 dan selanjutnya merapatkan lagi hubungan 2 dengan menukar status dari bujang kepada telah berkahwin pada 300312..alhamdulillah segalanya berjalan lancar dengan izin Allah swt...

dugaan demi dugaan kami berdua terima dari kapel sehinggalah bertunang...tapi bak kata orang kalu da jodoh 2 memang x ke mana la...dalam pada 2...sy cuba kuatkan semangat..tetap menghitung hari demi hari untuk bergelar seorang isteri...segala persiapan sy uruskan sket demi sket x kira malam siang..semua sy uruskan sendiri dengan bantuan sket2 dari rakan2, family...penat 2 x perlulah sy cite...hanya yg mengalami je yg tau...sehinggakan hari akad nikah pun sy masih sibuk lagi..xde istilah ratu sehari pn bagi sy...

lepas maghrib..sy mandi dan solat..panjatkan doa pada Allah swt agar semuanya berjalan dengan lancar walaupun kami x cukup kakitangan..

selepas mekap..sy, abah, ma dan adik sama2 g masjid. pihak laki da pun menunggu kat sana...ma nak wat kat masjid katanye lebih senang. semua orang pun dapat tengok..sy ikutkan je

lepas isyak..lebih kurang kul 9lebih g2....majlis bermula. jadi bia gambar jela yang bercerita..lagi mudah

fokus2..muka tenang bakal suami masa ni


muka sy yg tenang jugak walaupun dalam ati asyik berdebar


arwah syed bakar yang menikahkan kami berdua berwalikan abah..


mulut chekgu terkumat kamit menjawapnye


fokus dekat sket tangan 2


alhamdulillah...


ape la yg sy gelakkan 2 ye..lega kot


muka abah n ma yg risau selagi semua x setel...luv u all..tq 4 everything


mas kahwin n gelang batal air sembahyang utk sy


cincin untuk chekgu


menggeletar tangan nak sarungkan


bahagianye rasa masa ni


setelah semuanye selesai...


luv u...mr chekgu...


the shortest word i know is "i"
the sweetest word i know is "love"
the person i never forget is "u"


moga hubungan kite kekal sampai akhir hayat..sampai ke anak cucu cicit...moga sentiasa dalam lindungan Allah swt..
amin...



cakap sket2 je pada hari rabu = jelita ke?

jelita bersama dengan everlynn..hahaha

okey x tagline 2? sy ni la...berangan nk jelita n mengurangkan kusam di muka akibat selalu sangat berjemur di kala mentari tegak kat atas kepala..so x salah la kan sy duk sibuk search situ search sini dengan bantuan incik google kesayangan ramai...

akhirnye..finally...sy jumpa EVERLYNN...pengaruh iklan tul la sy ni tp sy xdela amek 1 set...sy amek krim malam die je..2 pun setelah tengok testimoni die. dengan sy x tau la jadi ke x. jangan x jadi sudahla...bising chekgu karang. tp baru je pakai sekali sy da macam jatuh ati je dengan produk ni..

sumber incik google : everlynn multi perfection cream

kalu okey..sy nk teruskan je...bia jelita di mata chekgu..hahahaha

nyah kau muka kusam dari hidupku..


note: jangan tinggal solat tau! petua jugak 2...selamat beramal


kisah cintan cintun chekgu n sy part II

ni die entry bersambung..kalu x bersambung panjang berjela sangat citenye...mcm cite episod jugak la...kalu yg telemovie 2 pendek je..2 jam pn le abes...x gitu?

ok..meh kite sambung...

sy ckp sy sempat hafal no plat motor chekgu je kn...masa 2 mmg x tau chekgu ni fakulti mana, budak tahun bape..muka die pn sy x bape cam...just cam motor je...tp dalam ati masa 2 teringin nk kenal n nk mintak maaf..xtau la nape...celupar sangat kot sy masa 2...

hari2 lalu kat kolej die 2..tp sekali pn x pernah nampak tuannye sape...pernah jugak usha2 dari member2 senior tp xde sorang pn kenal die...mungkin jugak die 2 junior sy...sampai abes sem pn duk usha lagi..sia2 je x jugak tau sape tuan motor 2...

sy abaikan je hal 2...kebetulan sy sendiri pn da ade bf jd mcm malas la nk melayan sangat hal2 gitu...

bulan pose pn menjengah...sy n kawan2 selalu jugakla ke bazar. kat bazar 2 la sy selalu ternampak motor chekgu..akhirnya sy kenal tuan motor 2. muka die nampak garang tp die selalu senyum bila terserempak dengan kami. xtau la die senyum kat sape..sy la yg jadi bahan usikan kawan2..wat dunno jela (almaklumla org da ade bf kn..)

tp sampai takat 2 jela...sy pn da xtau kat mane chekgu pas 2..

bukak sem baru...sem last dapat duk kolej..time 2 la sibuk duk meng usha umh sewa...bf sy lak last sem sudah...sy x nak la amek alih umh die 2...jauh 1 hal..pas 2 macam x menarik utk sy n kawan2 duk situ..jd kami mencari la umh lain. upenye susah nak mencari umah sewa ni kalu kite x kenal orang..


akhirnye sy tanya senior masa sy belajar diploma dl...senior sy 2 kebetulan jadi senior sy jugak kat U ni..die bagi la sy no budak kelas die...sy pn contact la budak 2. die ajak sy jumpa kat bengkel kat fakulti sy..jadi sy dapat agak budak 2 sama fakulti dengan sy..

sy pn cepat2 ke bengkel...bukak je pintu bengkel sy terkejut sebab yg bukak pintu 2 iras2 muka chekgu..memang die la kn..alahai kecik tul dunia ni..muka chekgu nampak pelik sebab sy wat muka terkejut kot...ati sy jd berdebar2..saspen x?

                                                                                                               bersambung d episod seterusnya...


Tuesday, July 24, 2012

Review baju akad nikah

dulu sy asyik terpikir2 je nak ke x nak review pasal weds...yela count pn x abes sbb bz sgt...ni kan nak review..kalu sambutan hangat sy wat la review ye..kalu x..x payah la kot...kite try dengan review baju akad nikah dulu....

dulu angan2 sy nak pakai baju putih bersih....sebab nak weds 2 putih bersih je...tp x jadi sebabnye pakcik chekgu da bagi dulu kain...so sy decide dgn chekgu wat kaler grey....kami cari kain satin dekat jalan tar pas 2 mix n match...alhamdulillah setel dengan jayanye...

chekgu hantar dekat tailor kat KL n sy hantar dekat kemaman...butik bese2 je...tp sy puas ati dengan hasilnye....murah n chantek..2 yg paling penting....

hasilnye...ni la...


x nampak semua kn? tp xpela...nmpk separuh pn da kira ok la kn? nk sy describe kain jugak ke? kainnye bentuk kain duyung ala2 kain isteri ally iskandar masa nikah 2...hihi...nk jugak amek die jadi inspirasi kn....ape pn kat ats 2 la hasilnye...

so cmne?



kisah cintan cintun chekgu n sy part I

sy mula2 jumpa chekgu masa 2 tengah panas terik..jalan kaki lak 2 dari kampus ke kolej...da la kena lintas jalan pas 2 chekgu lak bawak motor slow giler...sy pulak x tahan kepanasan...disebabkan 2 sy dengan garangnye sound chekgu dengan macam2 ayat (ayatnye sy sendiri pun da lupa)...chekgu siap paling ke belakang..agaknye mencari suara2 sumbang kot...

sy wat dunno jerk...

tengah syok sy sembang2..sy nampak chekgu tunggu dekat kolej...erkkkkk...rupenye die pun kepanasan dengan kata2 sy agaknye...lama jugak die tunggu..sy pun mula la jalan terkedek2 sebab takut (tau takut..)

lama sangat agaknye menunggu die pun blah....

tp sy sempat hafal plat motor die...WJE xxxx

trademark!


                                                                                                              bersambung d episod seterusnya....


diari pose 2



bulan2 pose ni asyik cakap pasal makanan je kn....hihi

hari ni sy nk cakap pasal kuih tradisional terengganu..namanye nekbat.nekbat ni sedap kalu makan sejuk2...letak ais ke..x pun letak dalam peti ais ke..aduhhhh nikmatnye la...

cakap soal nekbat ni...ma sy ade belikan chekgu nekbat yg belum dimasak lagi...tujuannye utk bagi family mertua sy rasa kesedapan nekbat..maklumla kuih 2 terkenal kat pantai timur je...pulak 2 bulan2 pose je orang rajin nak wat...sebabnye xtau la nape...

ma sy siap pesan lagi kat chekgu...cara masak nekbat 2 camne...chekgu dari stat dapat kue 2 sampai la kat umah die asyik tny sy je nama kue 2 ape...2 mendatangkan kemusykilan bagi sy..takut die terlupa...

soknye sy sendiri kol mak mertua sy...

sal : assalamualaikum mama...

mama : waalaikumussalam...

sal : mama da dpt kue 2?

mama : mama da dpt da...mama igt nangka...zhai (adik ipar sy) ckp mak sal bg nangka..mama x cek la..mama terus masuk dlm peti ais..patutla ringan je...sekali ayh ckp ni kue yg masak dgn air gula ni..ayh da pnh da mkn ni...ape nama kue 2?

sal : (sambil tergelak) haah...betul la 2 kue 2 kena msk dgn air gula...nama kue 2 nekbat..kalu xnk manis mama jgn masuk byk sgt gula tau...nnt bahagikan la kat zhai n maklang sekali..bg diaorg rasa...

mama : ha..yela..time kasih ye sal...kirim salam kat mak sal sekali n ckp kat die time kasih sbb bg kue 2...


hurmmm...macam2 kn?


Monday, July 23, 2012

diari pose

tahun ni sesaje suka2 nk wat diari pose dgn chekgu walaupun cite 2 xdela hari-hari sbb sy bkn pose setiap hari dengan chekgu sbbnye? eh xtau lagi eh yg sy dgn chekgu kan PJJ (perkahwinan jarak jauh)..sadis kn? okey2 xmo sediy2...chekgu da janji tahun ni die akan beraya dengan sy d cni..so tahun dpn sy akan beraya sebelah die lak...jd sepatutnye sy kena la belajar masak juadah raya kn?

baru la sy leh jadi chef pasni...muahahahaha....da stat pasan angan mcm chef selebriti malaysia

okey berbalik dengan diari pose sy...1st day...chekgu dtg umh sy tau! untuk berbuka ptg 2 ktorg g ke bazar...sy bg chekgu pilih kue ape die nk mkn..last sekali die just pilih kue sagu je....sy yg cuti ni siap beli murtabak, puding buih, ayam pusing...lai chi kang n soya yg ma pesan...seb baik sebelum balik nak jugak die beli buah mata meow aka mata kucing...sy ke sape yg pose ni??? heeeeeee....

1st pose...parking penuh smp sy xle kua...jalan pn kemain jem...huh!
harga kue jgn ckpla....yg beli perabeskan duit..yg jual yey! dpt untung byk tahun ni....huhu

abg aka chekgu sori eh stat pose je x dpt teman sahur n terawih da....berbuka ayg teman kn? kekekekeke....

2nd pose....chekgu da pn balik....cian husband sy kan....berbuka pn dlm bas je (sy yg suh die balik dengan bas konon xmo bg die penat)...nnt kite pose sama2 n g terawih sm2 eh syg....luv mucuk!


Friday, July 20, 2012

selera sy!

salam jumaat alls....

sy nk hupdate entry sblm pose sok...

ni mesti psl makanan kn...makin dekat nk pose makin byk makanan yg terasa nk mkn....bgun pg nmpk pulut durian...aduuuhhhh mane leh thn kn..terus amek semangkuk....hihi...pas 2 teringat pavlova yg sy beli semalam masih tersimpan rapi dlm peti ais....bukak je peti ais amek pavlova 1...amek kau....jap selera melayu jap selera western

yg penting perut kenyang...alhamdulillah..ati pn byk senang

pas 2 de org ofis kol suh amek kuih tradisional terengganu yg sy panggil "akok"....alahai....saje je kn...da tau sy mmg nk makan akok 2....kembali ke selera melayu semula.....hurmmmm nikmat mkn siang sblm pose...sok da xblh padan muka..

ape pn..selamat berpose semua...niat utk sebulan tau..supaya x terlupa niat n jgn lupa bgun sahur!


Thursday, July 19, 2012

yey! ahad cuti!

"Adalah dimaklumkan bahawa Menteri Besar Terengganu telah mengisytiharkan cuti umum bagi seluruh Negeri Terengganu sempena kejuaraan pasukan negeri dalam kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA) ke 15.

Sehubungan dengan itu, pihak pengurusan syarikat mengisytiharkan cuti umum pada 22 Julai 2012 (Ahad). Sekian, terima kasih"

wahhhhhhhhhhhhh.....berita hepi....

yey! ahad ni cuti!

jd sy dpt cuti 3 hari minggu ni....serunuknyerrrr....


Wednesday, July 18, 2012

rabu = senyap

td sy ade dgr psl acai berry..2 pn sbb dgr kwn 1 ofis br try nk mkn sbb die nk diet...btul ke acai berry 2 leh kurus?cam konfius kn...kwn ofis ckp mkn nasi pn still leh kurus tp kena minum air byk la..ikut kata die toksin dibuang melalui air kencing..kalu cam 2 seronok la kn...mkn byk mane pn x kisah still leh kurus...

tp btul ke?? sy nk jugak la kalu cam 2 kn..nk jugak kurus..nk sesangat..sbb sejak kawen ni makin bam2 rasanye..jgn abes sume baju x muat sudah...abesla nk kena wat baju baru....

nk sgt tau ni..btul ke cam 2?

ade sape2 pnh amk ke acai berry ni? btul ke kalu mkn byk blh kurus lg?


alat mekap

pempuan mmg xle hidup ke tanpa 1 pn alat mekap? semacam je kn statement org 2 kn....bkn xle hidup la..tp xkn la nk g keje dgn muka sememek kn...2 pn xle pkr ke...lelaki suka tgk mnde cantik tp bl pempuan wat 2 wat ni je mcm2 kena komen..

aduyaiiiiii....

cth cam sy ni hah...ade ke tertinggal beg mekap kat ofis..x psl2 g keje dgn muka sememek..pas 2 cpt2 g surau pki krim2 sket..sapu bedak sket baru selesa..bknnye nk mekap sgt pn kn..nnt terover pulak org kata.da la pki jaket g keje...x sesuai....

nk mekap over2 ni kena la sesuai dgn keadaan....x gitu korang semua?


Tuesday, July 17, 2012

jururawat 2 tanda stress!

lm giler x hupdate blog sejak kawen..impian nk hupdate cite sblm n pas kawen terkubur d c2 saje akibat kerajinan n kebizian yg bkn sy ciptakan...kalu la sy bos! verangan kn....

jururawat da mula naik...sbb stress keje atau sbb menanti bendera merah belum dpt dipastikan....walaupun cuma satu tp tetap menyeksa sanubari sy ni akibat kesakitan jururawat itu....

akhirnya sy akur dgn jari sendiri apbl dlm x sedar berjaya memecahkan jururawat 2...so da x sakit lg kn...sekian..hihi


Tuesday, March 6, 2012

ape ade dgn 24 hari


ape ade dgn angka 24?
ok meh sy cite satu persatu...

sy da setelkan kanopi...sy dpt 

1) kanopi tetamu 2 biji complete dgn scallop,meja pnjg n kerusi cukup utk 40 org mkn,lampu n kipas syiling
2) kanopi pengantin complete dgn scallop,meja mkn beradab utk 8org mkn,meja vip n kerusi utk 16 org mkn,dome set,pinggan,gelas,sudu,garpu,lampu n kipas syiling
3) kanopi utk set hidangan buffet
4) foc washing bay n meja utk hidangan buffet


harganye utk rm 1600..murah ke x? konfius..tp da mls nk pkr...kaler scallop pn x pkr lg nk kaler pe....


pas 2 ape lg eh....sy da setelkan riben2 utk brg hntaran...kaler kelabu n biru...tp de lg yg x setel 2...tp plng best sy da siap tempah kek n fruit tartlet..yes2 da byr pn...alhamdulillah setel...


sy pn da bank in deposit utk bahulu...alhamdulillah gak...
da bank in duit kat irine jugak..utk miracle tab....rs nk bg kat chekgu la half...kalu abes order lg..bg chekgu naik seri...nge3


butik pengantin pn da kol suh g fitting next week..tgu baju chekgu siap je...


ape lg eh....ha..br je lps td jmp waty amek set pb dgn die..cover peyut bl pki baju nnt..thanks waty n nurul....

note : nebes tetiba...



Wednesday, February 29, 2012

30...utk jemputan



angka comel kan?
so sempena angka yg comel ni sy igt sy nk wat jemput2...
ehhhh...bkn2...nk jemput la...dlm kata lain...undangan...
undangan ape? mestila undangan ke majlis sy nnt..next month tau


so sape yg sy nk undang?
sy jemput seluruh kenalan sy n chekgu...
dr sy sekolah rndh smp la sy keje...
juga x lupa pd b2b sekalian...
kenalan secara sengaja atau x sengaja...


meh drop alamat nk?
sy berbesar ati akn post kad (kalau de lebih..hihi)


dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim...sy sal dengan rs rendah diri n hormatnye..menjemput semua kenalan ke majlis sy yg serba sederhana di alamat 3367 lorong semarak 7 tmn semarak binjai 24000 kemaman pada 31 mac 2012 dan majlis sblh chekgu di alamat no 5 jalan pandan 6/4 tmn pandan jaya 55100 cheras kuala lumpur pada 7 april 2012...semoga dgn kehadiran semua akan memeriahkan lg majlis kami....amin








Tuesday, February 21, 2012

duit

duit 2 mmg btl2 penting kn...kalu xde duit cmne nk idup...de ke org leh idup tnpa duit?nk jugak tau die idup pki ape kn...zaman skang duit..duit...g c2 duit g cni duit...

tgk sy ni haaaa...nk kawen tp duit seciput....pnh terpkr nk wat loan..tp lps ke kalu sy wat loan...cmne cara nk wat loan?sy xpnh wat loan n x reti nk wat loan...

kalu sy wat loan..sy x yah guna duit family kn??

cmne ye caranye?? sy teringin nk tau...

38 hr...mcm2 cite



angka 38 makin lm akan makin berkurang...rs takut..rs mcm x sempat..rs..aishhh mcm2 la rs...Ya Allah lancarkanlah segala2 nye....

so..usaha utk hr ni...sy da msg butik pengantin tp x berjwp...alahai..jgnla takutkan sy....cmne dgn baju n pelamin sy 2?? huk3...sy kol 2 sbb nk tny baju sy cmne?ermmmm....pelamin sy nk deco cmne..tp nape akak diam jer...

runsing2...

lg usaha...sy da kol kanopi n da dpt sebut harga..utk 5 kanopi termasuk kanopi meja mkn beradap n vip hrganye adlh rm1950..mhl x? ke sy patut amk 3 kanopi je? 1 kanopi leh muat 40 org g2...ermmmm..runsing2...

de suggest x?

sy tetiba takut kalau2 x ckup paper bag...ermmm perlu ke sy tmbh lg??

lg usaha bl cuba jejak pemilik homestay..tp die xde..katanye ke kuala trgnu..n pemilik kedua off hp...alahai..awk nk x sy sewa homestay awk ni??

sume mcm satu mslh je kat c2...tp ade mnde yg wat sy senyum...thanks nini mohd sbb bg link utk kerawang..tetiba dtg idea utk diy signage....so korang nk x tgk? 


eh...ade lg tau yg wat sy senyum..sy da proceed sticker n yassin..alhamdulillah..mtk2 sume berjln dgn lancar..nk tgk sticker yassin?? tgu siap eh....

sy cuma leh gtau kata kunci jer...
sticker = thanks 4 celebreting us
yassin = tulus ikhlas drpd kami sekeluarga atas kehadiran serta doa tuan puan




Monday, February 20, 2012

tiga sembilan



lg 39 hr...nk update ape eh....
nk update geram dgn chekgu blh x? ade ke die lupa nk bg gmbr..seb bek after sy kol pjbt agama..diaorg ckp xpe mtp nnt jgn lupa bwk sblm akad nikah..sbr jela..da la sy kontak2 chekgu x dpt2..rs hangin jer...sbr2...sbr 2 kn separuh drpd iman...

ape lg sy nk update? borang tgl nk antr je..saksi2 sume da setel...bahulu pn sy br je setel ptg td...alhamdulillah...so sok sy nk setel kanopi (pelik jugak sy dgn org kanopi ni...smlm ckp nk dtg rini tp x dtg2 pn..) n homestay (mak sy ckp de umh 6bilik dgn hrga 300rgt...murah kn?? so nk g tgk sok) serta bekas hntaran...

jap2...org kat tempat sy tempah yasin n sticker 2 da email td..if sy setuju diaorg akn proceed utk print je...ade la skit sy nk repair n so far puas ati jugak la...

mtk2 sume ok la sok...amin





Sunday, February 19, 2012

40 hr..lega borang kawen kena liquid still leh guna



alhamdulillah...pg td sy kol pejabat agama...org kat pejabat 2 ckp borang 2 still leh guna wlpn da liquid...maunye x cuak bl de org ckp borang rasmi xleh liquid..kena potong je camni...mmgla sy takut kn...mujurla blh guna lg...reason takut??

- tarikh mcm da agak terlewat nk antr borang
- abh xde...sape nk sign?? xkn nk tiru kot..aishhhh x bek tau

so..pengajaran..jgn wat keje last minit..hihi


pd sesiapa terliquid..xpe2 jgn risau okey...


so now..tgu saksi sain borang n tgu surat akuan bujang dr majikan...lusa da leh antar..mtk2 la surat akuan bujang 2 cpt dpt..da lm sy mtk tau...huhu




41 hr....senarai semak



angka makin lama makin berkurang...ati sbr jgnla berdebar...
meh kite tgk senarai semak yg makin lm makin berkurang utk diselesaikan...


1. SAVE THE DATE
Nikah : 30.03.2012
Resepsi Kemaman : 31.03.2012
Resepsi KL : 07.04.2012

2. THEME / CONCEPT
Nikah : Silver Grey
Resepsi Kemaman : Turquoise Green + Aqua Blue
Resepsi KL : Orange

3. VENUE
Nikah : Masjid Taman Semarak
Resepsi Kemaman : Umahku Syurgaku Taman Semarak
Resepsi KL : Umah Incik Tunang Pandan Jaya

4. URUSAN NIKAH
Kursus Kawen
Borang Nikah
Hantar Borang Nikah
HIV Test
Inform Jurunikah

5. CATERING / CANOPY
Menu Resepsi Kemaman : Makcik Saya
Menu Resepsi KL
Canopy Resepsi Kemaman : 
Canopy Resepsi KL : Sepupu Incik Tunang

6. OUTFITS KHATAM QURAN
Baju
Tudung

7. WEDDING OUTFITS NIKAH
Baju
Tudung
Veil
Kasut

8. WEDDING OUTFITS RESEPSI KEMAMAN
Baju
Tudung
Veil
Kasut

9. WEDDING OUTFITS RESEPSI KL
Baju
Tudung
Veil
Kasut

10. PHOTOGRAPHER
Nikah : Nasa Ismail
Resepsi Kemaman : Nasa Ismail
Resepsi KL :

11. INAI
Bakal Diuruskan oleh Office Mate - Linda

12. HANTARAN SAYA
Kek
Buah
Sirih Junjung
Coklat
Handbag
Purse n Heels
Perfume
Jam
Quran / Telekung
Gelang

13. HANTARAN INCIK TUNANG
Coklat
Buah
Sirih Junjung
Gula-gula
Wallet, Tie n Belt
Kasut
Perfume
Beg
Jam
Tafsir / Sejadah, Sejadah x setel lg...x le tick okey...
Kemeja n Slack
Cincin

14. HB
Nikah : Cara Lily
Resepsi Kemaman : Butik Azila
Outdoor Kemaman : HB dari Aien
Resepsi KL : HB dari Aien

15. FAMILY DRESS
Diuruskan oleh Adik

16. HOMESTAY
Masih Samar-samar

17. MISI LAIN
Bunga Manggar
Bunga Pahar
Bunga Telor
Kad Kawen
Kek
Makan Pengantin
Hiasan Meja VIP
Signage
Doorgift Kanak2 - Lolipop
VIP - paper bag, yasin, bunga pahar, door gift, coklat, bahulu
Kwn2 - paper bag, yasin, bunga telor, jar + gula2, apam
Tetamu - paper bag, yasin, gula2, bahulu
Tetamu non muslim - paper bag, jar + gula2, vintage glass + telor
Bekas Hantaran

18. HONEYMOON
Singapore - Universal Studio + Pulau Pangkor (perancangan jerrr..hihi)



or blh rujuk kat SINI


de lg x yg sy tertinggal?? tlg2....gtau eh...tq sume





42...42



jiran sblh umh dtg....
ktorg bincang psl nk gubah cmne hntaran...nk hias cmne jar....

belek2 buku pengantin...mcm da jmp yg berkenan...
bincang lg..bincang lg...
smp naik juling tgk kaler2....

pas 2 bincang psl lauk pengantin..sape nk wat...
masih lg tergantung...

note : kena ckp semula cmne nk gubah hantaran...n da tau sape nk wat lauk pengantin cuma nk bncg cmne nk wat....ok take note!




43



hari yg menakutkan..mengujakan...sy jd emcee???
masa 2 sy terketar2...lm x jd emcee...
berdpn dgn dif2 jemputan, bos2...hod...sume la kakitangan sykt...
mau nk tercabut limpa sy....

alhamdulillah..dlm terketar2..sy berjaya setel tugasan sy itu....
pas ni kena jd emcee lg ke?

buleh jerrrr....
berlagak kn??? kekekekeke.....



note : de ke b2b nk tempah sy jd emcee...pas ni leh isi borang k...hahahaha




Saturday, February 18, 2012

44 hari


entry 44 hari lg....
debaran makin terasa...borang kawen x siap lg..masih mencari saksi...aduhhhh..penim2


tp sy tetap gumbira sbb berjaya beli...
menghabiskan duit kat watson...


ini....kalu x kempis jugak xtau la kn...hihi


so...kite stat ukur...30.5inch waist...lg 7 hr kite tgk result die ok....

thanks 2 b2b yg suggest....


note : mengharapkan perut itu kempis...kekekeke



counting...48 hr lg



lewat2....tp tetap nk post...

ape sy wat pd hr sabtu yg lalu?? sy ke chow kit sekali lg utk beli buah...

smbung shopping...beli brg incik tunang...kasut n beg....then setel hntaran....

pas 2 blk kmas2 brg...packing2 brg yg sy beli utk bawak blk....

tp sy dpt 1 adiah dr incik tunang....frame gmbr dgn gmbr kami berdua...hihi...then sy bg die set alat tulis....utk ape?? sempena kami berdua da 3thn mengapelkan diri...tp sy bg adiah 2 lbh kpd utk die bljr kat upsi 2...nnt die guna2 msti die igt sy selalu kn??

abes utk hal kat KL....


note : sy hepi sepanjang kat sn wlpn kepenatan....


lagi entry terlewat...49 hari?

49...49....da mula jd angka 4 kat dpn kn?

hr jumaat....bgun awl n gerak ke HKL...wat pe? sy teman incik tunang amek result medical checkup..sbb die kn nk g bljr....pas 2 kami ke semua house....survey2 ape yg patut di beli...kedai die nama syg you kat tingkat U5..kalu x salah sy la...mcm2 gak ade...kedai yg agak murah jugak...tp murah lg kedai vivian yg sy ckp 2 kat entry ini tp blh thn la hrganye....

pas 2 smpt lg sy ke muaz tekstil g beli tudung....huhu...smbl menyelam minum air.....eh bkn...smbl beli brg kawen...g beli tudung sekali...

pas 2 kami ke pavillion!!!....shopping time...

beli ape??
1) jam sy...fossil...
2) jam incik tunang...pn fossil...
3) kemeja padini incik tunang
4) slack g2000 incik tunang...
5) purse vincci je utk sy...

gmbr xde?? sbb lupa nk snap...

pas 2 kami ke....NSK wangsa maju nk beli gula2....kat mn 2? leh rujuk entry fantasy jungle food...kat cni meh kite tgk gmbr2....









range harga utk lolipop? 6rgt ke 8rgt utk 40 pcs...nk lg mhl pn ade..mcm2 btk mcm2 kaler....gula2..mcm da lupa..tp rsnye dlm 11rgt lbh...beli choclairs...beli coklat..tp hrga sy da lupa...

tertunai la jugak hajat sy....untuk door gift budak2

so...finish 4 hr jumaat yg memenatkan...


entry terlewat...mula kira dgn angka 50

blog da mula bersawang...sy terlampau bz dgn keje2 ofis..x sempat nk update..rsnye mcm perkara bese jadi pd pekerja yg berdedikasi spt sy ni...(mula la nk perasan)...tambah lg sy agak bz dgn persiapan2 sblm menjejak ke angka 1 hr lg..

erkkkk tetiba sy merasa cuak n amat takut sekali....

Ya Allah swt Kau permudahkan la segalanye...amin....

so meh kite stat dgn angka yg mmg sy stat nk count iaitu 50....

so ape jd dgn 50 hari lg sy nk kawen??

citenye bermula apabila..sy ke KL sekali lg...smp dlm kul 4 pg g2..awl gile bas 2 kn...sy kol incik tunang n die pn dtgla amek sy (tp agak nk mrh sbb die dtg lmbt n kaki sy digigit nyamuk...) tp bl tgk muka die..sy tetiba senyum...die x tdo la sbb nk amek sy..(sbnrnye die takut x terkejut tdo..maklumla jnis tdo mati)...then kami ke kedai mamak....sarap megi goreng + ayam goreng (kelaparan..sbnrnye)...

abs cite psl sarap...kami blk ke umh adk incik tunang utk berehat sementara tgu pg....sy tdo dgn lenanye...tetiba sy terdgr bunyi ayam berkokok....sy mula pening2 lalat n pkr kat mn bunyi ayam 2...sejak bl adk incik tunang bela ayam...da lm bunyi 2 sy dgr n mcm mimpi je kn..tetiba br sy tersedar rupanye bunyi alarm hp sy..kekekeke...teruk btl kn??

soknye..x sudah2 kena perli dgn incik tunang die x dpt tdo sbb bunyi ayam...sy senyum je smbil gelak...

ok smbung cite...pg 2 pas siap2..kami ke chow kit...destinasi pertama...ape sy wat kat chow kit?? sy ke kedai ini...kedai bunga vivian terima kasih pd kengkawan b2b sume sbb suggest sy kedai 2..sy jd terkedu sebentar dgn kemurahan kedai itu....sy nk beli bekas hantaran..tp sy pkr2 dl..sbbnye mcm nk pki yg kazen pny...kalu x cukup sy akn mtk incik tunang beli bekas itu....bunga telor murah,riben murah..kotak doorgift pn murah..sbr jela....seb baik da beli

so kengkawan blh tgk entry si die ini...sayahappyslalu.blogspot.com....atau entry die ini kitakesitu.blogspot.com utk memudahkan korang ke sn..believe me..lg berbaloi dr nilai....

pas 2...kami ke shah alam...tujuannye utk ape???

sy nk tmpah yasin n sticker...designnye?? sy pn da lupa..tp bl da siap sy akn gtau sume design2nye okey..harga?? sy dpt rm1.40 utk yasin sbb sy tempah sebanyak 1200 n 90rgt utk sticker sebanyak 500pcs...utk dilekatkan pd jar nnt...



lupa nk gtau korang...kat mn sy tempah...sila tgk cni...humaira goodies agak susah nk cari if u'olls bkn org shah alam..better kol sblm dtg atau pn tempah je on9..tp kalu nk puas ati g kat tempat die..tp mcm sy ckp better kol dl..sbb sy n incik tunang agak mengalami kesulitan spnjg cari kedai die....

sekian utk hr khamis yg memenatkan...

after mkn..sy tdo d umh kwn sy...lm x jmp die n ank die pn da leh jalan..comey giler...(tetiba cam nk ade ank sndr...mood = gedik + gatal)


note : sy tertdo sepanjang ke shah alam..smp teruk kena perli dgn incik tunang..kekekeke..ape pn hepi sbb da tempah yasin n sticker so setel mslh...alhamdulillah....




Sunday, February 5, 2012

sesi mkn buah langsat

entry sempena majlis kawen.....

sy ajak kwn sy 2 org..thanks 2 dayah n azrah coz follow me n menyusahkan u'olls...nk g kenduri housemate sy d uthm aka room mate sy jugak...cik naemah...opsss da tukar jd puan naemah aka puan kepada syahril...

otw nk g 2 da teringgal purse...haaaa 2 alamat 2.....tp berjaya patah semula ke umh utk mengambilnye

then azrah pulak tertinggal seluar yg kami cadang nk tukar kununnye nk berjimba d kuantan....alamat lg.... n azrah x berjaya patah balik coz kami da ade kat highway....jgn pas2 ni dayah pulak tertinggal something

cmne ianya bermula....sy cuma berbekalkan sekeping kad utk ke bukit sagu..sedangkan sy x pnh ke sana...tp xpela...sy konon2 nk berpandukan gps..tp rupenya gps kat sn x berfungsi...alahai malangnye la utk sy...dr kul 12 smp kul 2 ptg br sy smp kat sn...sabo jela....cian jugak kat azren coz tgu sy utk xlim die...sori bebanyak ye azren....

dgn berpeluhnye...selamat smp ke sn juga....

simple but gojes..lupa..x sempat amek gmbr pelamin...tp sy curi jugak la sket dr fb kwn sy...n 1 je dr sy yg sempat sy snap...tahniah 2 u puan naemah..semoga berbahgia hingga keakhir hayat....


curi dr fb kwn sy..hihi tp sy da xde ms ni


sy tersepit kat tgh2 2...cantek die kn?

sy dpt ni dr die...

sy beli ni utk tetamu non muslim sy...paper bag tambahan n bekas utk letak telor

cuba teka ape dlm kotak ni? adekah bika? jajan buat tetamu?

jawapannye adlh ini...taraaaa...dis jar...hihi..sekian terima kasih...


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...