Da Singgah? Da Baca? Rajin Ke? X Rajin Ke? Kena Jugak Klik...Ngeeee

Klik Kat Bwh Utk Shopping Brg Baby

Sunday, July 29, 2012

bila isteri merajuk

ape akan jadi kalau isteri merajuk? ape yg suami kena wat?
isteri kalau merajuk..ade yg x nak wat keje umah, x nak cakap dengan husband, anak2 dibiarkan dan macam-macam lagi la...
cuba tanya..anda berada di golongan yg mane?
kalau sy...sy memang akan diamkan diri seketika...dan sy mahu diri sy dipujuk lebih2 lagi oleh suami...

ape sebenarnye yg isteri nak bile die merajuk....ape yg suami mesti wat?


1. Pertama sekali, kita mesti terus mengingatkan nasihat dari Allah dalam Surah An-Nisa' ayat: 19, yang bermaksud: 

" ...... Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka (disebabkan tingkahlakunya) janganlah kamu terburu-buru (menceraikannya), kerana boleh jadi kamu benci sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu)." 


Adalah hikmahnya pada hari itu yang Allah takdirkan berlakunya merajuk oleh isteri kita tu. Kita tidak mampu menjangkau ilmuNYA. Kemungkinan jika isteri itu tidak merajuk, maka kita terus ke gimnasium dan di sana mungkin kita terkena bala atau musibah yang kita sendiri tidak mampu memikulnya. 


2. Sebaik-baiknya, kita biarkan dia melepaskan rajuknya itu mengikut kepuasannya. Biasanya mereka lebih sabar dari kita. Banyak perkara-perkara yang menyinggung hatinya(terasa hati) yang kita buat sebelum ini, mereka tidak marah. Mereka mengalah dan simpan. Kita pula jenis yang tidak sedar kesilapan yang kita telah buat. Malah ada dikalangan kita yang tiada perasaan pun. Isteri kita itu sabar dan menyimpan semua peristiwa-peristiwa itu dalam "hardisk" mereka. Tetapi apabila hardisk itu dah penuh, maka masanya akan tiba juga untuk depa(mereka) semburkan(lepaskan/keluarkan) kesemua 'files' kepada kita. Proses semburan ni pun tidak lama. Paling tinggi 10 minit. Lepas tu depa akan berlari masuk ke dalam bilik dan membasahi bantal(menangis) dan tidak mahu bercakap dengan kita. Dari sudut fisiologinya, depa sudah "lega"(puas) lah tu. 


3. Kita pula mestilah mengalah sikit. Jika merajuknya itu berpunca dari kes yang berat-berat, maka tunggulah besok barulah kita cuba-cuba pujuk dia. Jangan malam itu juga cuba mahu pujuk, nanti tidak pasal-pasal(tidak semena-mena) kena 'sesiku sulongnya' di dagu kita(kena pukulan isteri). Biarkan besok barulah cuba-cuba. Jika tidak menjadi, cuba lagi dengan strategi lain. Tetapi jangan putus asa. Dan jangan pula ego tidak mahu pujuk dia. 


4. Bila isteri kita itu sudah mula kelihatan hendak "mengorat/tackle" kita kembali, maka cuba kita jadikan ia sesuatu yang positif. Dia akan segan-segan silu(malu) meminta sesuatu dari kita. Kadang-kadang dia menggunakan anak kita sebagai posmen. Inilah masa yang amat indah bagi pasangan yang sudah berkahwin bertahun-tahun. Peristiwa isteri mula nak mengorat selepas merajuk ni, laksana kita mula-mula bercinta dulu. rasa cinta akan menyegar kembali. Senyum-senyumlah padanya jika dia mula hendak mengorak/memberi senyum. Sentuh-sentuhlah dia apabila dia buat-buat(sengaja) terlanggar kita. Lupakan kata-kata kesatnya 2-3 hari yang lepas semasa dia "tidak siuman" itu. Lafazkan kata cinta padanya. 


5. Tapi awas ya, jangan biarkan lama sangat rajuknya itu. Jangka waktu seminggu adalah paling maksimum. Selepas dari itu, kita kena rujuk Surah An-Nisa' ayat 34, untuk tindakan kita selanjutnya: 

"Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka. Sebab itu maka wanita yang soleh, ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tiada, oleh kerana Allah telah memelihara (mereka). Wanita-wanita yang kamu khuatirkan(bimbang) nusyuz, maka nasihatilah mereka dan (jika mereka berdegil)pisahkan mereka dari tempat tidur dan (kalau mereka masih berdegil) pukullah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar."


6. Jangan pula kita berdoa agar dia merajuk hari ini. Minta dari Allah untuk hindarkan perkara-perkara yang memberatkan kita dengan doa setiap kali kita bertemu dengan isteri kita: 


" Ya Allah. Aku memohon kepadaMu kebaikan dari isteriku dan kebaikan fitrah tabiat yang telah Engkau tentukan, dan aku juga berlindung kepadaMu dari keburukan isteriku serta keburukan fitrah tabiatnya yang telah Engkau tentukan". 


What u give.. u get it back.. What goes around comes around...



note : sumber ukhwah

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...