Da Singgah? Da Baca? Rajin Ke? X Rajin Ke? Kena Jugak Klik...Ngeeee

Klik Kat Bwh Utk Shopping Brg Baby

Thursday, December 29, 2011

Elly Suriati Keguguran

Kerisauan aktor Azri Iskandar terhadap keadaan isterinya, Elly Suriaty yang terlalu aktif meski dalam keadaan berbadan dua seperti yang diluahkannya sewaktu kali terakhir bertemu di sidang media filem ‘Penanggal’ terjadi jua apabila pelakon dan pengarah filem itu mengalami keguguran ketika sedang sibuk mengarahkan filem sulungnya, ‘Penanggal’ di Kuala Kangsar, Perak semalam.
Memetik kenyataan Azri menerusi laman mStar berkata, kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 12 tengah hari, semasa isterinya hendak membuang air kecil dan tiba-tiba berlaku pendarahan.
“Penggambaran filem habis lewat sehingga pukul enam pagi tadi kerana Elly ingin menyiapkan babak malam untuk filem itu. Dia menyedari dirinya keguguran ketika hendak membuang air kecil dan mendapati berlaku pendarahan. Kami terus ke hospital dan doktor telah mengesahkan dia keguguran,” ujar Azri.
Azri turut memaklumkan bahawa isterinya kini berada di Hospital kuala Kangsar dan akan ditahan selama beberapa hari sehingga tahap kesihatannya stabil.
Elly sebelum ini telah mengumumkan dirinya sedang hamil empat bulan sewaktu sidang media filem ‘Penanggal’ baru-baru ini. Pasangan ini telah dikurniakan tiga orang cahayamata namun anak keduanya telah meninggal dunia.
Azri turut memberitahu kelasakan isterinya dilokasi penggambaran mungkin salah satu sebab keguguran itu berlaku. Walaubagaimanapun, dia menganggap semuanya adalah suratan takdir Allah SWT.
“Buat masa ini, Elly dalam keadaan tertekan dan banyak menangis kerana sedih dengan keguguran itu, jadi saya perlu memberikan sepenuh perhatian kepadanya,” tutur Azri.
Walaupun dirinya dalam pada masa yang sama turut bersedih dengan kehilangan anak mereka, Azri redha dengan ketentuan takdir dan menganggap ia bukan rezeki mereka.
“Ia bukan salah sesiapa tetapi ketentuan Allah SWT, saya terima dengan penuh redha,” ujar Azri.
Menyentuh mengenai perkembangan filem ‘Penanggal’ yang turut menampilkannya sebagai pelakon utama, filem tersebut akan dihentikan selama beberapa hari sementara menanti keadaaan Elly kembali pulih.
Tambahnya lagi, adengan-adengan ringkas di Kampung Sayong Ulu, Kuala Kangsar juga mungkin akan diambil alih oleh Penolong Pengarah.
‘Penanggal’ adalah filem arahan sulung Elly yang berkisarkan manusia yang mengamalkan ilmu hitam dan boleh menyerupai makhluk seram tidak bertubuh hanya berkepala. Selain Azri Iskandar, filem ini turut dibarisi barisan pelakon hebat seperti Umi Nazeera, Fasha Sandha, Datuk Sharifah Aini, Normah Damanhuri, Zul Ariffin dan ramai lagi.

kredit to ohbulan

note : sape la yg x sediy kn?



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...