Da Singgah? Da Baca? Rajin Ke? X Rajin Ke? Kena Jugak Klik...Ngeeee

Klik Kat Bwh Utk Shopping Brg Baby

Wednesday, November 2, 2011

Saya Nk Kena Wat Ini

LAPAN – ENAM BULAN SEBELUM perkahwinan:


Bakal pengantin lelaki dan perempuan perlulah berbincang terlebih dahulu tentang beberapa perkara seperti berikut:

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
Berbincang hal-hal perkahwinan (adat perkahwinan) dengan ibu bapa dari kedua-dua belah pihak bakal pengantin
Menentukan perbelanjaan yang akan dikeluarkan oleh kedua-dua belah pihak pengantin untuk majlis perkahwinan tersebut
Menentukan konsep majlis perkahwinan (hantaran, pelamin, bilik tidur dan lain-lain hiasan) yang diingini
Rujuk direktori perkhidmatan perkahwinan (jurusolek, koleksi pakaian pengantin, bunga, kad jemputan perkahwinan dan lain-lain) di majalah, internet, buku atau melalui rakan-rakan yang telah berkahwin bagi mendapatkan gambaran awal
Mengenalpasti baju pengantin serta tetapkan bilangan pakaian persalinan yang diingini
Tempah jurusolek/juruandam untuk majlis perkahwinan
Mencari rumah baru, sama ada sewa atau membelinya
Kenalpasti Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam (swasta) yang berdekatan, untuk mendaftar kursus pra perkahwinan

Bagi pengantin lelaki:
Semak semula jumlah sebenar wang hantaran yang dikenakan, (jika berlaku perubahan pada wang hantaran yang telah ditetapkan pada hari pertunangan) dan lain-lain hantaran


LIMA BULAN SEBELUM perkahwinan:

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
Menghadiri kursus pra perkahwinan di tempat dan pada tarikh yang telah ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam swasta
• Menempah tok kadi untuk majlis pernikahan
Menempah videografi atau jurufoto untuk merakamkan detik-detik indah majlis perkahwinan
Membeli cincin kahwin
Tentukan sama ada anda ingin memasak sendiri atau menggunakan khidmat katerer. Jika ingin menggunakan khidmat katerer bincangkankan menu hidangan untuk majlis, serta harga yang ditawarkan
• Menyediakan senarai tetamu yang akan dijemput
• Lakukan rawatan muka, badan dan rambut
• Jika ingin berbulan madu (dalam negara atau luar negara), tentukan tempat dan budjet untuknya. Segerakan bayaran pendahuluan bagi mengelakkan tempat ditempah orang lain


TIGA BULAN SEBELUM perkahwinan:

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
• Memilih dan mencetak kad jemputan kahwin
• Mengesahkan tempahan di hotel, taman atau rumah termasuk jumlah meja dan kerusi, menu dan sebagainya
• Melakukan pemeriksaan kesihatan di klinik atau hospital
• Rawatan intensif muka, badan dan rambut

Bagi pengantin lelaki:
• Memaklumkan kepada saudara-mara tentang hari berlangsungnya majlis pernikahan
• Mengenalpasti beberapa orang (saudara mara atau jiran-jiran) yang akan menyertai rombongan pihak lelaki

Bagi pengantin perempuan:
• Kenalpasti dua orang saksi untuk majlis pernikahan
• Bagi wanita yang kematian bapa, sila pastikan siapa wali nikah. Jika tidak mempunyai wali nikah, sila dapatkan wali hakim, dari mana-mana Jabatan Agama Islam untuk menikahkan

DUA BULAN SEBELUM perkahwinan:

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
Membeli barang kemas
• Tentukan pengapit, jika perlu carikan baju yang bersesuaian untuk pengapit
• Menghantar kad jemputan kepada para tetamu yang ingin dijemput
• Merujuk kepada Jabatan Agama Islam dan Pejabat Islam Daerah untuk proses mendaftar pernikahan


TIGA MINGGU SEBELUM perkahwinan:

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
• Pastikan pakaian pengantin telah siap dan ambil pakaian tersebut jika telah berpuashati
• Pastikan ada seseorang yang akan menjaga barang-barang semasa majlis perkahwinan berlangsung

Bagi pengantin perempuan:
• Pilih gaya rambut yang diingini semasa majlis perkahwinan(bagi yang bertudung, pastikan gaya tudung yang akan dikenakan pada majlis perkahwinan nanti)


TIGA – SATU HARI SEBELUM perkahwinan:

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
• Menghias pelamin, bilik tidur pengantin, membuat sirih junjung dan lain-lain hantaran
• Sediakan seterika, papan seterika, cermin, jarum dan benang, bagi memudahkan anda jika berlaku kecemasan
• Jika perlu ingatkan tetamu tentang majlis perkahwinan anda melalui telefon
• Hubungi jurufoto, juruvideo dan lain-lain (kompang, silat dan sebagainya) dan minta mereka datang awal pada majlis tersebut
• Sediakan (packing) barang-barang yang perlu dibawa ke majlis tersebut. Elakkan melakukannya di saat-saat akhir kerana dikhuatiri ada barang yang tertinggal
• Mandi air panas bersama aromaterapi untuk kesegaran badan
• Tidur awal dan bersedia untuk menghadapi hari bahagia

Bagi pengantin lelaki:
• Tentukan siapa yang akan menjadi jurucakap bagi rombongan pihak lelaki dan tuan rumah pada majlis pernikahan

Bagi pengantin perempuan:
• Kenalpasti siapakah yang akan ditugaskan untuk menyambut tetamu pada hari perkahwinan. (begitu juga bagi majlis di pihak lelaki)


PADA HARI PERNIKAHAN:

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
• Pastikan membawa kad pengenalan, gambar, dan apa-apa dokumen yang diperlukan semasa majlis ijab dan kabul

Bagi pengantin lelaki
• Pastikan telah menyediakan wang mas kahwin pada hari pernikahan anda
• Pastikan wang hantaran (terutamanya wang tunai) diamanahkan kepada orang yang boleh dipercayai
• Pastikan telah menyediakan wang (upah) untuk diberikan kepada tok kadi
• Cincin / gelang tangan / rantai
• Sirih junjung dan lain-lain hantaran
• Pihak lelaki dan pengiring mestilah datang lebih awal sekurang-kurangnya setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan
• Pastikan mereka yang menjadi saksi dan wali turut ada pada majlis pernikahan tersebut
• Pastikan tok kadi yang akan menikahka telah diberitahu lebih awal tentang hari pernikahan


PADA HARI PERKAHWINAN:

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
• Ambil sarapan seawal tujuh pagi, bagi mengelakkan lapar, mengantuk dan tidak bermaya
• Jangan takut untuk menghadapi hari bahagia. Bertenang dan sentiasa senyum
• Pastikan majlis anda berjalan lancar seperti yang telah dirancangkan

Bagi pengantin lelaki:
• Pastikan datang tepat pada masanya atau sekurang-kurangnya sepuluh minit awal dari waktu yang telah ditetapkan
• Pastikan kesemua hantaran telah dibawa termasuk sirih junjung

Bagi pengantin perempuan:
• Pastikan telah bersiap satu setengah jam lebih awal sebelum pengantin lelaki sampai ke rumah


TIGA HARI SELEPAS perkahwinan:
• Melawat keluarga dan sanak saudara kedua-dua pihak

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...